Sistem Bekalan Air di Rumah & Sistem Tangki

Memahami sistem bekalan air dirumah merupakan kemestian untuk setiap isi rumah, sebab tanda -tanda bekalan air terputus sepatutnya kita sudah kenalpasti awal berdasarkan kepada aliran air disingki terputus. Maka sekiranya perkara ini terjadi anda seharusnya bersedia untuk menggunakan air pada kadar yang jimat supaya bekalan air didalam tangki tidak kehabisan untuk tujuan yang lebih penting seperti memasak dan hadas.

Berikut merupakan sistem bekalan air dan sistem tangki yang digunapakai dirumah.

Sistem Bekalan Air di Rumah

Terdapat dua cara sistem bekalan air di rumah

  1. Sistem terus – bekalan air dibekalkan dari paip perkhidmatan terus ke seluruh kelengkapan paip di rumah.
  2. Sistem tak terus – bekalan air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan dan pili   dapur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambarajah 1 : Sistem bekalan air dirumah

Tangki Simpanan Air

  •  Kegunaan : menakung air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di dalam rumah – rumah
  •  Diperbuat daripada : kepingan besi galvani, gentian kaca atau plastik poli (HDPE).

Gambarajah 2 : Sistem tangki air rumah

 

 

Leave a comment