Peralatan -peralatan paip yang biasa digunakan.

Kerja-kerja paip bukan sesuatu yang sukar bagi sesiapa yang mengetahui teknik dan peralatan yang betul. Disini ingin saya tunjukkan jenis peralatan dan kaedah untuk memanfaatkanya.
Peralatan asas yang perlu diketahui

1. Jenis Paip – 1. PVC(kelabu), Bergalvani (Besi) , Poli (hitam)

2. Penyambung paip – terdapat pelbagai jenis penyambung paip yang boleh digunakan bersesuaian dengan keadaan, contohnya bentuk T, L, soket luar, soket dalam, T bebenang, L bebenang dan banyak lagi.

3. Gergaji Besi –  Untuk Memotong paip

4. PVC Glue – Untuk melekatkan paip2 PVC.

5. White tape – untuk lilitkan pada penyambung jenis bebenang luar dan apa jua yang mempunyai bebenang.

6. Kertas pasir – untuk mengesatkan permukaan yang licin  sebelum di letakkan gam/glue.

Ini sahaja peralatan yang saya biasa saya gunakan dalam kerja-kerja paip dirumah dan moga2 ianya maklumat berguna untuk anda juga.

Leave a comment