Sistem Bekalan Air di Rumah & Sistem Tangki

Memahami sistem bekalan air dirumah merupakan kemestian untuk setiap isi rumah, sebab tanda -tanda bekalan air terputus sepatutnya kita sudah kenalpasti awal berdasarkan kepada aliran air disingki terputus. Maka sekiranya perkara ini terjadi anda seharusnya bersedia untuk menggunakan air pada kadar yang jimat supaya bekalan air didalam tangki tidak kehabisan untuk tujuan yang lebih penting seperti memasak dan hadas.

Berikut merupakan sistem bekalan air dan sistem tangki yang digunapakai dirumah.

Sistem Bekalan Air di Rumah

Terdapat dua cara sistem bekalan air di rumah

  1. Sistem terus – bekalan air dibekalkan dari paip perkhidmatan terus ke seluruh kelengkapan paip di rumah.
  2. Sistem tak terus – bekalan air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan dan pili   dapur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambarajah 1 : Sistem bekalan air dirumah

Tangki Simpanan Air

  •  Kegunaan : menakung air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di dalam rumah – rumah
  •  Diperbuat daripada : kepingan besi galvani, gentian kaca atau plastik poli (HDPE).

Gambarajah 2 : Sistem tangki air rumah

 

 

Peralatan -peralatan paip yang biasa digunakan.

Kerja-kerja paip bukan sesuatu yang sukar bagi sesiapa yang mengetahui teknik dan peralatan yang betul. Disini ingin saya tunjukkan jenis peralatan dan kaedah untuk memanfaatkanya.
Peralatan asas yang perlu diketahui

1. Jenis Paip – 1. PVC(kelabu), Bergalvani (Besi) , Poli (hitam)

2. Penyambung paip – terdapat pelbagai jenis penyambung paip yang boleh digunakan bersesuaian dengan keadaan, contohnya bentuk T, L, soket luar, soket dalam, T bebenang, L bebenang dan banyak lagi.

3. Gergaji Besi –  Untuk Memotong paip

4. PVC Glue – Untuk melekatkan paip2 PVC.

5. White tape – untuk lilitkan pada penyambung jenis bebenang luar dan apa jua yang mempunyai bebenang.

6. Kertas pasir – untuk mengesatkan permukaan yang licin  sebelum di letakkan gam/glue.

Ini sahaja peralatan yang saya biasa saya gunakan dalam kerja-kerja paip dirumah dan moga2 ianya maklumat berguna untuk anda juga.

Tukang paip di perak

Selamat datang semua

Blog ini direka khas untuk membantu anda semua menyelesaikan masalah seharian anda berkenaan dengan paip. Kami bukan hanya boleh membantu dalam segala masalah paip, malah apa yang penting… jimat wang anda.

Semak perkhidmatan di pautan yang berkaitan.
Terima kasih.